Frigat Type 26

Frigat Type 26 atau frigat kelas City adalah satu kelas frigat yang dibina untuk Tentera Laut Diraja, di mana versinya juga dibina untuk tentera laut Australia dan Kanada .[3] Program ini yang dikenali sebagai Kapal Tempur Global, telah dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom untuk mengantikan sebahagian daripada 13 buah frigat Type 23 serta untuk pasaran eksport.[31] Peranan utamanya adalah untuk melaksanakan misi peperangan anti kapal selam sementara pada masa yang sama mampu menyokong pertahanan udara dan operasi kegunaan am.[7] Frigat ini merupakan pelantar laut pertama yang dikongsi antara Australia, Kanada dan United Kingdom sejak pembinasa kelas Tribal.Program ini telah bermula pada tahun 1998, di bawah nama program Penempur Permukaan Masa Depan (FSC). Bagaimanapun, menjelang bulan Mac 2010, program perolehan ini berubah menjadi Kapal Tempur Global, berikutan dengan pengumuman satu kontrak rekabentuk selama 4 tahun bernilai £127 juta yang dianugerahkan kepada BAE Systems Maritime – Naval Ships.[32] Fasa rekabentuk melepasi Pagar Utama 1 pada awal tahun 2015, dengan Fasa Demonstrasi bermula pada 1 April 2015. Pada Ogos 2015\, bahan-bahan long lead untuk Type 26 telah dipesan, dengan kerja-kerja pengeluaran akan bermula pada tahun 2016 dan kapal Type 26 pertama akan diserahkan pada tahun 2023.[33] Pada bulan November 2016, satu pengumuman dibuat bahawa keluli pertama bagi lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja akan dipotong pada musim panas 2017.[34] Kapal-kapal ini akan dibina di limbungan kapal milik BAE Systems di Govan dan Scotstoun yang terletak di Sungai Clyde, Glasgow.[35]Anugerah kontrak untuk membina frigat Type 26 telah diumumkan oleh BAE Systems pada 2 Julai 2017,[1] dengan pemotongan keluli untuk kapal pertama dari kelas ini, HMS Glasgow akan dilakukan pada 20 Julai 2017 oleh Setiausaha Pertahanan Negara, Sir Michael Fallon.[36]Pada bulan Jun 2018, kerajaan Australia telah mengumumkan bahawa ia telah memilih versi ubahsuai sdari platform Type 26 dalam rancangan pengantian kelas-Anzac.[37] Tentera Laut Diraja Australia akan membeli sehingga 9 buah kelas-Hunter yang mana akan dibina oleh BAE Systems Australia di limbungan ASC, Osborne, South Australia.[5][38]Pada 8 Februari 2019, Menteri Perolehan Carla Qualtrough telah mengumumkan bahawa kerajaan Kanada telah menganugerahi Lockheed Martin Canada sebuah kontrak bernilai C$185 juta untuk mereka sebuah armada yang terdiri sehingga 15 buah kapal frigat berdasarkan Type 26 ( Penempur Permukaan Kanada), di mana kos keseluruhan program bernilai $60 bilion. Jumlah kontrak akan meningkat berdasarkan kerja-kerja rekabentuk. Kontrak rekabentuk awal adalah dengan Irving Shipbuilding dari Halifax.[39]

Rujukan

WikiPedia: Frigat Type 26 http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/d... http://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/fut... http://www.abc.net.au/news/2016-04-18/offshore-pat... http://www.navy-marine.forces.gc.ca/assets/NAVY_In... http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.aviationweek.com/aw/jsp_includes/articl... http://www.baesystems.com/Businesses/SurfaceShips/... http://www.baesystems.com/en-aus/article/bae-syste... http://www.baesystems.com/en-ca/article/further-su... http://www.baesystems.com/en-uk/article/550-uk-job...